PerlisTV

WhatsApp Image 2022-02-23 at 6.23.37 PM

“View Perlis setanding Luar Negara” – Hajah Noorleza Abd Karim

“View Perlis setanding Luar Negara” – Hajah Noorleza Abd Karim

Kangar : View Perlis setanding Antarabangsa Itulah yang digambarkan oleh Hajah Noorleza Abd Karim, 60 yang berasal dari Seremban ketika percutian ke negeri Perlis baru baru ini. Beliau yang memilih negeri Perlis sebagai destinasi percutian bersama 5 orang lagi rakannya sangat teruja melihat keindahan pemandangan yang terdapat di negeri ini.

"Dengaq kata lokasi yang depa pi tu , dekat View Point atas bukit Wang Kelian tu.. Pertama Kali depa sampai dekat sana, depa terkejut dan tak sangka di Malaysia ada juga tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik setanding luaq negara"

Hajah Noorleza berkongsi pengalaman apabila depa kena berjalan sambil mendaki bukit untuk sampai ke Puncak View Point untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit di sebelah pagi. Mesti cantik kan? Dapat tengok awan karpet dengan pemandangan yang cantik dan sejuk waktu pagi.

Selain itu juga, beliau berkongsi pengalaman bersama rakan menikmati keenakkan makanan tradisi yang disediakan di Dusun Genting Nakawan. Kelainannya disitu, mereka menyediakan pelbagai menu makanan yang berunsurkan tradisional, seperti pulut ikan masin, peknga, biskut cicah nyoq,pulut kuah durian, ubi kayu cicah nyoq dan banyak lagi . Makanan di Perlis murah dan sangat sedap.

Pada awalnya perjalanan ketika memasuki hutan tersebut agak menakutkan kerana itu adalah kali pertama kali mereka kesana dan bimbang kalau mereka semua tersesat di dalam hutan tersebut. Risau bertukar teruja , apabila melihat suasana di dalam Dusun Genting Nakawan yang sangat cantik dengan keindahan alam semulajadi. Lokasinya dipenuhi ramai pengunjung yang singgah untuk makan dan bergambar di situ.

Kalau mai ke Perlis, tak lengkap kalau tak singgah pekena laksa kuala perlis. Setiap pengunjung yang mai ke Perlis , mesti akan suka dengan laksa beras yang popular disini.

Dalam percutian depa selama 4 hari 3malam di Perlis, semestinya depa sempat singgah ke beberapa tempat menarik yang lain antaranya, Padang Besar, Empangan Timah Tasoh dan Ladang Anggur.