PerlisTV

WhatsApp Image 2022-02-28 at 12.31.13 PM

TERKINI : Program Kenali Taman Negeri Perlis, Wang Kelian di buka mulai 27 Feb 2022.

TERKINI : Program Kenali Taman Negeri Perlis, Wang Kelian di buka mulai 27 Feb 2022.

Assalam wbt., sukacita dimaklumkan bahawa Program Kenali Taman Negeri diadakan untuk mendedahkan kepada orang awam mengenai kepentingan Taman Negeri Perlis, Wang Kelian.

Program ini mula dilaksanakan pada 27 Feb. 2022 dan akan diteruskan pada setiap hujung minggu (sabtu & Ahad) bertempat di Kompleks Taman Negeri Perlis, Wang Kelian.

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah kumpulan yang datang sekeluarga. Pelbagai aktiviti diadakan untuk pengunjung antaranya Berjalan Santai di Denai Hutan, Aktiviti Tanam Pokok, Pertandingan Melukis/Mewarna & banyak lagi.

Hadiah pertandingan diberikan kepada pemenang & yang tidak berjaya boleh membawa balik set Mewarna serta serta Cenderahati.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM10 untuk sekeluarga.