Sumber FB Regimen Askar Wataniah Perlis : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah berkongsi ilmu berkenaan Kaedah Pemakanan Sihat dalam slot Hari Pengajian Rejimen pada 8 Februari 2022.
Perkongsian ilmu ini dilaksanakan di perkarangan garaj kenderaan Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW), Kem Bukit Keteri bermula jam 1100 hingga 1230.Perkongsian ilmu daripada JKN Perlis ini disampaikan oleh Puan Hazwani Roslan selaku Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan).
Dalam sesi Hari Pengajian ini juga, semua peg dan anggota R504AW diberikan penjelasan berkenaan diet, kiraan kalori dan kaedah pemakanan yang betul. Topik hari pengajian ini adalah berkaitan Program Body Mass Index (BMI) atau i-Sihat yang sedang dilaksanakan oleh rejimen.Hari pengajian ini adalah selaras dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 menerusi Tonggak Ketiga iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang memberikan fokus dalam penekanan terhadap aspek kesihatan fizikal dan rohani.
Turut menghadiri hari pengajian ini ialah Lt Kol Mohamad Zaidi Ishak, Timbalan Komander R504AW. Hari pengajian diakhiri dengan ucapan Timbalan Komander dan penyampaian cenderahati kepada penceramah.#JomMasukAskarWataniah#R504AW
Oleh : Lt Muhamad Khairunizam Jamal@Jamil
Gambar : LKpl Siti Baizura Bahari