PerlisTV

web template zeelproduction (4)

Tahniah Awie – Cerita Budak Cuci Pinggan Kini Bergelar Asst DOP kepada Produksi Drama Terkenal.

Tahniah Awie – Cerita Budak Cuci Pinggan Kini Bergelar Asst DOP kepada Produksi Drama Terkenal.

Ini Cerita Kami – Pengalaman Crew-crew Zeel Production

Asalnya bermula sebagai seorang Handyman (Jaga Makanan Di Set) pada tahun 2013, Awie anak jati Perlis ini mengambil pengalaman hampir setahun mula masuk ke Set Pengambaran Drama. Kerana Minatnya dalam bidang photograph beliau ambil langkah belajar terus dalam set .

Awie nampak minat ke arah Photograph dan mula sebagai Assistant Lighting & Lightingman . pelahan lahan satu demi satu projek Awie mula berani menjadi Assistant Camera dalam projek terkini.

Alhamdulilah rezeki yang tak putus dari Zeel Production kini Awie sudah memegang title sebagai Second Cameraman . Impian Awie kini makin tercapai . Kerana minatnya sanggup Awie belajar dari Set sahaja tanpa pelajaran secara formal .

Ini kerana Awie hanya mampu belajar hingga ke SPM sahaja. Tapi kini beliau boleh berbangga kerana sudah berada lama dalam dunia penerbitan Drama TV.

Malah semenjak hasil kerja dari 2013 , Awie mampu menghadiahkan sesuatu untuk keluarga di Perlis dengan mengubahsuai rumah mak ayah hasil kerja dalam set pengambaraan.

Malah Awie juga kini mampu berkereta sendiri alhamdulillah kereta idaman kini dapat beli walaupon tak belajar tinggi.

Bila di tanya apakah azam 2022 tahun ini ? Jawap Awie santai beliau berharap dapat belajar lebih lagi dengan mengikuti kursus secara formal yang di anjurkan oleh FINAS.

Pengalaman manis yang paling Awie ingat adalah Awie dapat bekerja di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk Pakistan , Budapest (Hungary) , Uzbekistan dan paling tidak dapat di lupakan bila berada di Mekah sewaktu menyiapkan Mini Siri Kisah Dari Mekah .

Alhamdulillah terima kasih kepada Produser kami Dapat Kami Mengerjakan Umrah sambil bekerja

siapa sangka saya kini mampu terbang ke seluruh dunia !

Sumber dari ZeelProduction.com