PerlisTV

WhatsApp Image 2023-03-08 at 12.17.53 (1)

Sambutan rakyat Perlis luar biasa terhadap Pertandingan Perlis Got Talent di Pesta Angin Timur – PerlisTv & Zeel Production terima jemputan MB Perlis.

Sambutan rakyat Perlis luar biasa terhadap Pertandingan Perlis Got Talent di Pesta Angin Timur – PerlisTv & Zeel Production terima jemputan MB Perlis.

Pesta Angin Timur 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 march hingga 5 march.

Pada 4 march 2023,Zeel production melalui Perlis Tv telah menganjurkan satu program Pertandingan Perlis Got Talent yang telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

Pertandingan tersebut telah menerima lebih 200 penyertaan, 40 peserta telah di tapis melalui ujibakat video diperingkat awal, manakala 27 peserta hadir keperingkat akhir bagi menampilkan peserta yang terbaik di samping hadiah kemenangan yang sangat lumayan tajaan Zeel Production berupa wang tunai dan trofi.

Juara Ketty Natalia Binti Rasul yang membawakan lagu Never Enough dari OST The Greatest Showman nyanyian asal Loren All Red telah memukau juri dengan persembahan hebat beliau, manakala naib juara dimenangi oleh


Mohamad Tarmizi Bin Mustafa Barzani yang mempersembahkan nyanyian dalam sketsa bertajuk Embah Dukun, tempat ketiga dimenangi oleh Adik Nurfathia Aisya Binti Mohd Faizal yang berusia 10 tahun yang mempersembahkan bakat Pengacaraan dan mampu berlakon secara spontan bila diminta oleh juri. Tempat ke empat dimenangi oleh Kumpulan Illusion dengan persembahan tarian medley yang diberi nama Illusion On, tempat kelima dimenangi Nik Khairul Anuar Iskandar Bin Abdullah dengan bakat Football Freestyle, akhir sekali para juri telah tertarik untuk mengumumkan Pemenang Hadiah khas Juri diberikan kepada adik Nur Daliya Zhara Irdina Binti Hasbullah yang berusia 6 tahun, bakat silatnya telah mencuit hati para juri.

Penerbit Zeel Production Hj Md Fadzlil turut bersama turun padang bagi mengetuai barisan juri yang terdiri daripada pengarah drama, penulis skrip serta pelakon tanah air.

Perlis Got Talent dikhabarkan mendapat rating paling tinggi didalam pelbagai acara yang disediakan di Pesta Angin Timur Perlis.

Sementara itu pada 7 march 2023 dalam satu kunjungan Hormat Zeel Production dan Perlis Tv kepada YAB Menteri Besar Perlis baru baru ini menyaksikan satu lagi pertemuan silaturahim bagi mengeratkan hubungan di antara pengamal media sosial untuk membantu sektor pelancongan Negeri Perlis.

YAB Menteri Besar Tuan Hj Shukri sangat berbesar hati menerima kunjungan Hj Md Fadzil Bin Teh serta memberi dorongan kepada syarikat untuk terus bersama sama membantu MEMAJUKAN Negeri Perlis.