Menurut Jabatan Perancangan & Desa PLAN MALAYSIA , Perlis , Negeri Sembilan & Melaka tersenarai sebagai negeri BAHAGIA apabila semua daerahnya telah mendapat skor melebihi 80 % dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi Bandar – Bandar di Malaysia.
Menrutu PLAN MAlaysia , mereka telah menyenaraikan lebih daripada 80 / 114 pihak berkuasa tempatan PBT di Semenanjung dan Sabah – telah mencapai skor melebihi 80% bahagia dengan mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran , pengurusan sisa pepejal serta jadual kutipan sampah.
Di Perlis, EXCO Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu, Asmaiza Ahmad menyifatkan kemudahan dan prasarana di negeri itu dengan penduduk lebih 254,700 orang itu adalah setara dengan negeri lain.
“Selain itu, cadangan projek ‘Perlis Inland Port’ (PIP) turut memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan lain di sekitarnya,” katanya sambil memberitahu Perlis di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatatkan skor status Indeks Kebahagiaan 80.02 peratus.
sumber : BH & BERNAMA