Padang Besar : “Pelaksanaan Perlis Inland Port ini di jangka menambah nilai kepada projek strategik milik Wilayah Ekonomi Koridor Utara NCER di antaranya Chuping Valley Industrial Park CVIP , Chuping Agro Valley CAV dan Perlis Super Fruits Valley” dalam ucapan Perdana Menteri .
Ismail Sabri sewaktu perasmian PIP bersama Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Menteri Besar Perlis Azlan Man.


Ismail Sabri memaklumkan bahawa PIP turut menjadi cerminan kepada momentum pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negeri Perlis yang dipacu oleh sektor pertanian moden, pintar serta pembuatan bernilai tinggi. Situasi itu dilihat mampu menarik pelaburan baharu dengan penyediaan kemudahan logistik yang lengkap dan kos pengangkutan yang berpatutan bagi pelabur-pelabur di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).
“Ekoran daripada pelancaran PIP, CVIA dijangka bakal mentransformasikan Perlis dan ekonomi NCER menerusi peningkatan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan ini dapat mengurangkan migrasi keluar rakyat tempatan, “Walaupun baru dilancarkan, CVIA telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM4.5 bilion yang bakal menjana hampir 12,000 peluang pekerjaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya komited dalam melaksanakan projek PIP melalui penyediaan tiga infrastruktur luaran utama iaitu jajaran keretapi, jejambat dan ‘bonded road’ yang membabitkan peruntukan sebanyak RM340 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Jelasnya, negeri Perlis juga dilihat sedang berada di trajektori peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi pasca-pandemik yang mana ia dibuktikan daripada kenaikan jumlah dagangan melalui negeri Perlis sepanjang tahun 2021 iaitu sebanyak RM7.9 bilion berbanding RM5.4 bilion pada tempoh sama didalam tahun 2020.