Musim menuai ini kami dapat lihat orang ramai tidak melepaskan peluang memancing ikan . Tidak umur kanak-kanak , remaja & orang tua berkumpul di tepi bendang sama sama bagi aktiviti riadah santai memancing ikan puyu.


Lazimnya musim menuai adalah pada penhujung oktober sehingga pertengahan jan dan pada musim ini air di tali air akan di lepaskan masuk ke petak sawah bagi aktiviti pengairan sawah padi.
Pada musim ini lebih banyak ikan ikan kecil akan berlegar legar di dalam petah sawah .
Penduduk juga mengambil kesempatan dari banyaknya ikan di tali air & dalam bendang sawah dengan memancing di situ.


Kemeriahan lagi bila bersama kawan kawan , keluarga dan orang ramai mula memancing pelbagai jenis ikan dan biasanya ikan ini akan di masak bersama nasi panas.